Thursday 13 October 2011

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :-
  • Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).
  • Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
  • Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
  • Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini: 
a.      Lekas marah atau panas baran
b.      Irihati
c.      Cemburu
d.      Jahat sangka
e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
f.  Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.
TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN 
  • Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya. 
  • Hilang ceria diri dan rumah kediaman. 
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik. 
  • Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri. 
  • Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti: 
a.                  Api menyala dengan sendiri
b.                  Bunyi orang berjalan
c.                  Menangis
d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah: 
  • Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama. 

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI: 
  • Mimpi.
  • Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
  • Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
  • Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
  • Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR
1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.
2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.
3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

Thursday 6 October 2011

Apakah Sebenarnya Perubatan Islam


"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
....Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah.Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati...


Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.” (QS. Al Israa’:82)


Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim.

Rawatan sebaik-baiknya adalah melalui al-Quran. Janganlah sekali-kali pergi berjumpa dengan mereka yang syirik kepada Allah s.w.t.

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

Monday 3 October 2011

Cara pengubatan amalan Rasulullah S.a.w

1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar.
Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.
i) Firman Allah:
“Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu.”
(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.

Pengenalan ILMU LADUNI

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;
وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi
 ilmu kepada kamu.Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. 
(al-Baqarah, ayat 282).     
 Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;
عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم
“Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.) 
Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada dua jenis :
1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yaitu mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.
 2. Ilmu Khafi
 (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezeki yang halal.
 

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah
Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah. Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan penyelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barang sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” 
(at-Talaq, ayat 2 dan 3).
 Yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya
Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyah. Ramai para ulamak dan auliyah yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan. Wallahu a’lam.

Perjalanan Ke Pesantren Salafiyah Malang Turen Surabaya...





Monday 5 September 2011

Koleksi Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Di Mekah

manusia paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman tampil hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Sosok yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umatnya ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut